Bahan-bahan ( 15 orang )
- Tepung biasa 200g, Gula Ising 50g, Garam sedikit, 1/2 Telur, Mentega 100g, Perasa Vanila 1 sudu kecil.
- Krim Kastard- Tepung Kastard segera 250g, Susu 600g, Perasa vanila 1 sudu kecil.
- Buah-buahan seperti anggur,mempelam,rambutan, nanas,lanci.( Boleh Guna tin Buah-buahan campuran)
- *Guna Acuan tart and acuan keras.
Cara-cara
- masukkan tepung, mentega, gula ising, garam dan 1 sudu kecil perasa vanila ke dalam mangkuk.(tepung tidak perlu Ayak)
- Pukulkan semua bahan perlahan-perlahan dengan machine kek sehingga rata. Selepas rata, gunalah tangan untuk menjadikan dough.
- Guna acuan cawan untuk membuat bentuk tarts.(saiz sesuka hati tapi jangan guna acuan terlalu kecil atau terlalu besar)
- selepas membuat bentuk cawan guna garpu buat lupang kecil di atas cawan (tempat bulat)untuk tepung nafas semasa bakar. Guna pisau rata untuk ratakan dan cantikkan muka dan tepi cawan.
- Bakar acuan dengan 190c dengan 12minute.
- selepas bakar, letakkannya di meja hingga sedikit sejuk keluarkan bentuk dan masukkannya ke dalam acuan kertas. (ingat jangan becarkkan bentuknya.)
- sediakan krim kastard, masukkan semua bahan krim kastard di dalam mangkuk. pukulkannya dengan tangan sehingga rata. Krim Kastard tidak perlu dimasak boleh dimakan begitu sahaja.
- potong buah-buahan (bentuk kecil). selepas ini, masukkan isi kastard dengan sesuka hati.Jangan masukkan kastard terlalu banyak. mesti beri tempat hiar buah-buahan.
- biarkkan buah-buahan kepingan di atas kastard. Akhirnya simpan tarts ke dalam peti sejuk sebelum di makan.
No comments:
Post a Comment