Sunday, September 19, 2010

horlick bread


Bahan-bahannya

500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis
4 sudu besar horlick

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.

Wednesday, September 1, 2010

roti walnut dan kismis

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 280g tepung roti
  • 140g air
  • 20g telur
  • 18g skim milk
  • 18g gula
  • 3g garam
  • 55g marjerin
  • 3g dry yeast
  • * 50g wulnuts
  • * 50g raisin
  • -telur untuk glis

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kec * ke dalam breadmaker. ON kan. Bila bunyi untuk masukkan bahan, masukkan pula wulnuts dan raisin.
  2. Bila dah siap, bahagikan adunan kepada 10 bahagian. Rehatkan selama 10 minit
  3. Kemudian buatlah bentuk bulat. Tekan sikit biar jadi leper. Gunting bahagian tepi kepada 6 bahagian. Biarkan sehingga naik 2 kali ganda
  4. Sapu dengan telur dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 14minit

garlic bread

Bahan-bahan ( 15 keping )

  • roti france
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • parsley kering secukupnya

Cara-cara

  1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
  2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C

jejari roti

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • gula halus secukupnya
  • mentega/margerin untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
  3. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  4. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

roti anpanman

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 290g tepung roti
  • 200cc susu + telur
  • 15g gula
  • 5g garam
  • 15g mentega
  • 3g yis
  • * 230g inti kacang
  • telur kuning untuk sapu
  • kacang hitam untuk mata. Boleh juga diganti dengan kismis
  • sedikit serbuk koko untuk mulut. Cairkan.

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan pada setiap bread maker.
  2. Keluarkan adunan dari bread maker. Bahagikan kepada 10 bahagian untuk kepala. 10 ketul untuk hidung. 20 ketul untuk pipi. Saiz pipi mesti kecil sedikit dari saiz hidung. Biarkan 20 minit. Tutup dengan kain bagi mengelak dari kering.
  3. Masukkan inti pada bahagian kepala. Tutup dan tekan biar jadi leper. Letaklah mata, hidung dan mulut. Buat sampai habis.
  4. Masukkan dalam oven. Penaik selama 40 minit pada suhu 35-40 degree.
  5. Kemudian keluarkan roti tadi. Sapukan dengan telur kuning. Di samping tu naikkan suhu oven ke 180 degree.
  6. Bakar selama 15 minit.

Puding Panas Pisang Roti

Bahan:
- Pisang raja 250 gr
- Roti tawar 200 gr, potong dadu
- Kismis 50 gr
- Keju cheddar 50 gr, parut
- Susu tawar cair 200 ml
- Telur 2 butir, kocok lepas
- Gula pasir 50 gr
- Margarin 1 sdm, cairkan
- Bubuk kayu manis 1 sdt
- Garam halus 1/4 sdt

Cara Membuatnya:
  1. Campur kocokan telur dengan gula pasir, margarin cair, bubuk kayu manis dan garam. aduk rata.
  2. Siapkan pinggan tahan panas yang telah diolesi dengan margarin. 
  3. Atur potongan pisang, roti tawar dan kismis. Siram dengan adonan telur dan taburi keju parut. 
  4. Panggang di dalam oven hingga matang. Angkat, sajikan hangat

Tiramisu simple


Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

 

Cara-cara 

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

  2. 1tiramisu_satukan_bahan
    Satukan gula, cheese dan cream

  3. 2tiramisu_pukul_sampai_kembang
    Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu

  4. 3tiramisu_potong3bahagian
    Potong kek pada 3 bahagian

  5. 4tiramisu_susun_dlm_bekas
    Susun 1 bahagian dalam bekas

  6. 5tiramisu_curah_air
    Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek

  7. 6tiramisu_sapu_adunan_atas_kek
    Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek

  8. 7tiramisu_ulang_sampai_habis
    Susun lagi bahagian yang selebihnya

  9. 8tiramisu_simpan_dlm_fridge
    Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...

  10. 8tiramisu_decorated
    Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...