Sunday, September 19, 2010

horlick bread


Bahan-bahannya

500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis
4 sudu besar horlick

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.

Wednesday, September 1, 2010

roti walnut dan kismis

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 280g tepung roti
  • 140g air
  • 20g telur
  • 18g skim milk
  • 18g gula
  • 3g garam
  • 55g marjerin
  • 3g dry yeast
  • * 50g wulnuts
  • * 50g raisin
  • -telur untuk glis

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kec * ke dalam breadmaker. ON kan. Bila bunyi untuk masukkan bahan, masukkan pula wulnuts dan raisin.
  2. Bila dah siap, bahagikan adunan kepada 10 bahagian. Rehatkan selama 10 minit
  3. Kemudian buatlah bentuk bulat. Tekan sikit biar jadi leper. Gunting bahagian tepi kepada 6 bahagian. Biarkan sehingga naik 2 kali ganda
  4. Sapu dengan telur dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 14minit

garlic bread

Bahan-bahan ( 15 keping )

  • roti france
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar mentega
  • parsley kering secukupnya

Cara-cara

  1. Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
  2. Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
  3. Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
  4. Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C

jejari roti

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • gula halus secukupnya
  • mentega/margerin untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
  3. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  4. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

roti anpanman

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 290g tepung roti
  • 200cc susu + telur
  • 15g gula
  • 5g garam
  • 15g mentega
  • 3g yis
  • * 230g inti kacang
  • telur kuning untuk sapu
  • kacang hitam untuk mata. Boleh juga diganti dengan kismis
  • sedikit serbuk koko untuk mulut. Cairkan.

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan pada setiap bread maker.
  2. Keluarkan adunan dari bread maker. Bahagikan kepada 10 bahagian untuk kepala. 10 ketul untuk hidung. 20 ketul untuk pipi. Saiz pipi mesti kecil sedikit dari saiz hidung. Biarkan 20 minit. Tutup dengan kain bagi mengelak dari kering.
  3. Masukkan inti pada bahagian kepala. Tutup dan tekan biar jadi leper. Letaklah mata, hidung dan mulut. Buat sampai habis.
  4. Masukkan dalam oven. Penaik selama 40 minit pada suhu 35-40 degree.
  5. Kemudian keluarkan roti tadi. Sapukan dengan telur kuning. Di samping tu naikkan suhu oven ke 180 degree.
  6. Bakar selama 15 minit.

Puding Panas Pisang Roti

Bahan:
- Pisang raja 250 gr
- Roti tawar 200 gr, potong dadu
- Kismis 50 gr
- Keju cheddar 50 gr, parut
- Susu tawar cair 200 ml
- Telur 2 butir, kocok lepas
- Gula pasir 50 gr
- Margarin 1 sdm, cairkan
- Bubuk kayu manis 1 sdt
- Garam halus 1/4 sdt

Cara Membuatnya:
  1. Campur kocokan telur dengan gula pasir, margarin cair, bubuk kayu manis dan garam. aduk rata.
  2. Siapkan pinggan tahan panas yang telah diolesi dengan margarin. 
  3. Atur potongan pisang, roti tawar dan kismis. Siram dengan adonan telur dan taburi keju parut. 
  4. Panggang di dalam oven hingga matang. Angkat, sajikan hangat

Tiramisu simple


Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

 

Cara-cara 

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

  2. 1tiramisu_satukan_bahan
    Satukan gula, cheese dan cream

  3. 2tiramisu_pukul_sampai_kembang
    Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu

  4. 3tiramisu_potong3bahagian
    Potong kek pada 3 bahagian

  5. 4tiramisu_susun_dlm_bekas
    Susun 1 bahagian dalam bekas

  6. 5tiramisu_curah_air
    Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek

  7. 6tiramisu_sapu_adunan_atas_kek
    Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek

  8. 7tiramisu_ulang_sampai_habis
    Susun lagi bahagian yang selebihnya

  9. 8tiramisu_simpan_dlm_fridge
    Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...

  10. 8tiramisu_decorated
    Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

bun telur

Bahan-bahan ( 14 biji )

  • 250g tepung roti (strong white bread flour)
  • 50g tepung biasa
  • 1 biji telur
  • 120cc susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 50g mentega
  • [bahan glaze]
  • 1/2 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • Bazil (optional)
  • [Inti]
  • 2 biji telur rebus
  • mayonis secukupnya
  • garam
  • serbuk lada putih
  • 1/2 bawang besar 

    Cara-cara

    1. Masukkan semua bahan kecuali bahan glaze ke dalam bread maker. On kan..
    2. Bila dah siap, keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan jadi bulat. Biarkan selama 20minit
    3. Sementara itu sediakan inti. Cincang bawang besar dan telur. Gaulkan dengan garam, mayonis dan sebuk lada putih sehingga sebati. Ketepikan
    4. Ambik sebahagian doh tadi. Canaikan jadi 4 segi. Masukkan inti dan gulong.
    5. Kemudian potong kepada 7 bahagian
    6. Ulang langkah 4 dan 5
    7. Masukkan ke dalam oven. rendahkan suhu kepada 40c. Penaikkan selama 40-50minit.
    8. Kemudian sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar pada suhu 180c selama 10-15minit
    9. Inti tadi sesuai juga diganti dengan tuna

    Puding Cendol

     

    Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

    • Bagi Lapisan Bawah
    • 500ml air
    • 180gm gula pasir
    • 300ml santan pekat
    • 10gm agar - agar powder
    • 500gm cendol
    • sedikit garam
    • Bagi Lapisan Atas
    • 500ml air
    • 200gm gula merah
    • 300ml santan pekat
    • 10gm agar - agar powder
    • 1 biji kuning telur
    • sedikit garam

     

    Cara-cara

    1. Bagi Lapisan Bawah
    2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
    3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
    4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
    5. Bagi Lapisan Atas
    6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
    7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
    8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
    9. P9070107
      Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
    10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

    Puding Kaca Mutiara


    Bahan I :
    - Mutiara sagu, 50 gram
    - Agar-agar bubuk putih, 7 gram
    - Gula pasir, 50 gram
    - Susu kental manis, 50 ml
    - Air, 500 ml

    Bahan II :
    - Agar-agar bubuk putih, 7 gram
    - Gula pasir, 100 gram
    - Air, 600 ml
    - Esens leci, 1/2 sendok teh

    Cara Membuatnya:
    1. Masak air hingga mendidih dan rebus mutiara sampai berubah warna dan matang, angkat dan tiriskan.
    2. Adunan I : Campur agar-agar bersama air, gula dan susu kental manis, masak hingga mendidih, angkat. Setelah agak dingin, masukkan mutiara, aduk rata.
    3. Tuang adonan puding I dalam loyang datar, lalu diamkan hingga mengeras dan potong bentuk bunga atau sesuai selera.
    4. Adunan II : Campur semua bahan, masak di atas api sedang sambil diaduk-aduk hingga matang, angkat.
    5. Tuang adonan puding II dalam loyang datar, lalu tambahkan puding I, letakkan secara acak dan diamkan hingga mengeras, potong-potong sesuai selera. Sajikan

    mixed nuts muffin

    Bahan-bahan ( 6 biji )

    • 140 gm tepung gandum
    • 100 gm butter dicairkan
    • 1 kotak aiskrim (105 ml) dicairkan pada suhu bilik. (Bila cair dapat 1/3 cawan)
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 biji telur
    • 1/4 cawan campuran kekacang
    • 1 1/2 sudu teh baking powder

    Cara-cara

    1. Ayak tepung dengan baking powder.
    2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.masukkan butter cair.Masukkan aiskrim. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
    3. Dsc01147
      Ini adalah aiskrim yg saya gunakan.Boleh tukar dengan apa2 aiskrim yang digemari.
    4. Dsc01149
      Masukkan pula campuran kekacang.Saya gunakan badam,kismis,walnut,biji matahari dan kuaci.
    5. Dsc01159
      Masukkan ke dalam muffin cup dan bakar dalam oven yg dipanaskan pada suhu 180 selama 25 minit.
    6. Jika suka, boleh 'pipe'kan coklat masakan campur sedikit whipping cream. Atau cara yg lebih mudah beli saja coklat tube "Choki Choki"; gunting sedikit plastiknya dan 'pipe'kan ke atas muffin.

    kiwi fruit

    Bahan-bahan ( 12 biji )

    • 85 g mentega, pada suhu bilik
    • 85 g gula halus
    • 175 g tepung gandum*
    • 1 camca besar rata baking powder*(*di gaul rata dan diayak)
    • 2 biji buah kiwi, dikupas dan cincang kasar
    • 1 genggam badan keping, dipanggang sebentar dan ramas kasar
    • 2 biji telur Gred A
    • 80 ml susu segar
    • 1/2 camca teh esen vanilla
    • 2 titis pewarna hijau (apple green)

    Cara-cara

    1. Krimkan mentega bersama gula hingga gula hancur. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan esen vanilla.
    2. Dgn kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Kemudian masukkan cincangan buah kiwi, badam ramas dan pewarna hijau, gaul rata menggunakan spatula.
    3. Masukkan ke dalam acuan muffin (kurang lebih 3/4 penuh) dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C kurang lebih 25 minit. Sejukkan atas redai sebelum dihidangkan.

    Puding Mangga Topping Buah

    Bahan:
    - Gelatin 1 sdm
    - Gula 175 gr
    - Air panas 250 ml
    - Juice mangga murni 750 ml
    - Susu evaporasi 250 ml
    - Es 8 balok
    - Potongan mangga segar untuk hiasan

    Cara Membuatnya:
    1. Tuangkan gelatin, gula serta air panas dan aduk di atas api yang kecil sampai berbaur rata
    2. Di dalam mangkuk, tuangkan jus mangga, susu serta balok es, aduk hingga rata. 
    3. Setelah campuran gelatin mendidih, tuangkan pada mangkuk jus mangga tadi, dan aduk hingga es meleleh. Diamkan selama kurang lebih 3 jam sampai adonan membeku.
    4. Hiasi puding dengan potongan mangga segar dan buah-buahan lain yang Anda ingin tambahkan.
    5. Dan siap untuk disajikan.

    pumpkin muffin

    Bahan-bahan ( 15~18 biji )

    • 150g butter
    • 150g gula halus
    • 200g tepung gandum
    • 2 sudu kecil baking powder
    • 80ml susu segar
    • 50ml krim segar
    • *200g labu(yg dah dibuang kulit)
    • *15g butter
    • *20g gula halus

    Cara-cara

    1. Labu1
      Kupas kulit labu dan potong kecil-kecil. Masakkan dengan microwave sehingga lembut.
    2. Labu2
      Keluarkan labu dari microwave, masukkan bahan yg bertanda * ke dalam labu. Lenyek-lenyekkan. Ketepikan. Panaskan oven sehingga suhu 170C.
    3. Labu3
      Pukul gula dan mentega sehingga putih
    4. Labu4
      Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati.
    5. Ayak tepung dan baking powder. Dalam bekas lain pula campurkan susu segar dengan krim segar
    6. Labu5
      Masukkan tepung yg diayak berselang seli dengan campuran susu dan krim tadi sambil dikacau.
    7. Labu6
      Akhir sekali masuklah labu yang telah dilenyek tadi. Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam muffin cups. Isilah 2/3 penuh.
    8. Bakar selama 30 minit

    walnut caramel

    Bahan-bahan ( 7~8org )

    • 100g butter
    • 120g gula halus
    • 2 biji telur
    • 200g tepung gandum(diayak)
    • 2 sudu teh baking powder(diayak bersama tepung)
    • 100ml fresh milk
    • utk karamel: 80g gula dan sedikit air
    • 50g walnut (almond pun boleh)

    Cara-cara

    1. walnut digoreng tanpa minyak sebentar
    2. utk karamel, gula dan air dibiarkn mendidih dlm periuk dengan api yg perlahan. Setelah warna gula berubah kecoklatan, padamkn api
    3. masukkn dalam anggaran 10 biji walnut tadi ke dalam karamel dan gaulkn sehingga walnut itu bersalut dgn karamel
    4. keluarkn walnut bersalut karamel itu sebiji demi sebiji dan susunkan diatas oven paper dan dibiarkan sejuk.
    5. lebihan walnut dikisar halus
    6. utk muffin, butter dipukul sehingga kembang
    7. masukkan gula secara 2 peringkat. Pukul lagi sehingga adunan berwarna agak keputihan
    8. didlm mangkuk yg lain, telur dipukul sebentar(mcm nk buat telur dadar). Masukkn dlm (7) secara 2 peringkat. Pukul lagi
    9. bahan ayak dan susu dibahagikn kpd 3 bhgn dan dimasukkan secara berselang seli sambil dikacau.
    10. masukkn serbuk walnut tadi.
    11. adunan dimasukkn dlm bekas muffin. bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
    12. keluarkn muffin yg separuh masak td dan letakkn walnut bersalut karamel td di atas muffin.
    13. bakar muffin lagi pd suhu 170C selama 10 minit lagi

    peanut butter muffin

    Bahan-bahan ( 30 biji- mini size )

    • 120g unsalted butter - suhu bilik
    • 150g gula perang
    • 20g gula halus
    • 2 biji telur (L size)
    • 300g tepung gandum
    • 1 sudu besar baking powder
    • secubit garam
    • 120ml susu segar
    • 120g peanut butter(cream)
    • 100g chocolate chips
    • *****************************
    • - Cocoa crumber-
    • 25g almond powder
    • 50g tepung gandum
    • 50g gula halus
    • 50g unsalted butter - potong kecil-kecil
    • 3 sudu kecil cocoa powder

    Cara-cara

    1. Sediakan cocoa crumber- ayak tepung, almond powder dan cocoa powder dan juga gula. Kemudian masukkan butter. Ramas-ramaskan biar berketul. Simpan dalam peti ais.
    2. Penyediaan muffin: - Pukul butter sehingga jadi bentuk krim.
    3. Bahagikan gula kepada 3 bahagian. Kemudian masukkan 1 bahagian, pukul dan ulang sampai habis.
    4. Pukul telur di dalam mangkuk lain. Bahagikan juga kepada 3 bahagia. Masukkan 1 bahagian telur ke dalam butter tadi dan pukul. Ulang sampai habis.
    5. Ayakkan tepung, garam dan juga baking powder. Bahagikan juga kepada 3 bahagian.
    6. Masukkan 1 bahagian tepung ke dalam adunan butter tadi..kacau cepat-cepat. Masukkan pula 1/2 susu segar. Kacau lagi.
    7. Ulang langkag 6 sampai tepung habis
    8. Masukkan pula chocolate chips dan peanut butter. Kacau biar jadi bentuk mubble.
    9. Kemudian isikan ke dalam cup muffin. Biarkan 3/4 penuh
    10. Penuhkan cup muffin dengan cocoa crumber.
    11. Bakar dalam suhu 180C selama 20 minit

    choc cheese strawberry cake





    Bahan
    250g cream cheese
    2 medium eggs
    1 cup crushed/ blended oreo biscuits
    4 sudu makan castor sugar
    2 petak dark cooking chocolate - cairkan
    2 sudu makan butter cair
    1 sudu the vanilla essence
    1 biji peach (dari tin) - cincang kasar




    Cara Membuatnya


       
        1-  Gaul oreo biscuits dengan butter yg dicairkan.
       
          2-Tekan/padatkan pada loyang bulat 6" yg telah dilapik kertas minyak.
      
         3- Biarkan di dalam peti sejuk sementara siapkan batter.
        
        4-  Panaskan oven pada 170celcius.
      
          5-Mix cream cheese bersama gula hingga kembang.
        
          6-Masukkan telur satu persatu continue mix @ low speed.
      
          7-Masukkan vanilla essence.
        
         8- Masukkan chocolate cair, mix hingga rata.
       
        9-  Masukkan peach yang telah dicincang, gaul rata.
     
        10-  Tuangkan ke atas oreo biscuits yg tlh ditekan ke dalam loyang.
     
         11- Bake @ 160-170celcius selama 20-25minit atau bahagian tengahnya beku.
     
        12-  Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang



    Topping

    2 sudu makan whipped cream
    ½ camca teh serbuk gelatin, cairkan sedikit
    2 petak dark cooking chocolate


    Cara Membuatnya


       
        1-  Panaskan whipped cream sebentar.
       
          2-Masukkan gelatin & chopped cooking chocolate.
      
          3-Kacau hingga sebati.
        
          4-Biarkan choc menjadi agak likat sebelum dituang ke atas kek

    berry cream cheese muffin

    Bahan-bahan ( 18 biji )

    • 150g cream cheese
    • 150g mentega tanpa garam
    • 110g gula halus
    • 3 biji telur
    • 120g raspberry
    • 30g wulnut
    • [ Ayak]
    • 160g tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder

    Cara-cara

    1. Biarkan cheese dan mentega pada suhu bilik
    2. Naikkan suhu oven pada 180c
    3. Ambil 1 sudu besar tepung gandum dan gaulkan dengan raspberry. Ketepikan
    4. Pukul cheese dan mentega sehingga lembut.
    5. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang
    6. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul
    7. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Gaul sehingga sebati
    8. Isikan 2/3 cup muffin dengan adunan tadi. Kemudian letaklah berry dan juga walnut. Buatlah sampai habis
    9. Bakar selama 25-30 minit


    mango caramel muffin

    Bahan-bahan ( 10-11 biji saiz besar )

    • 120g unsalted butter
    • 150g gula perang
    • 20g gula halus
    • 2 biji telur (L saiz)
    • 300g tepung gandum
    • 1sb baking powder
    • secubit garam
    • 120ml susu cair/fresh milk
    • 100g krim karamel (cara buatnya rujuk resepi krim karamel)
    • 2 biji mempelam

    Cara-cara

    1. Buang kulit mempelam dan potong dadu. Ketepikan.
    2. Dalam mangkuk, pukul butter sehingga jadi bentuk krim
    3. Masukkan gula, pukul lagi sehingga nampak keputihan.
    4. Masukkan telur dalam mangkuk lain dan pukul sedikit.
    5. Kemudian masukkan pula 1/3 telur ke dalam adunan butter tadi. Pukul. Kemudian masukkan 1/3 bahagian lagi. Pukul.. buat sampai habis.
    6. Masukkan pula 1/3 tepung. Kacau dengan kaedah kaup balik. Tak perlu sebati..
    7. Kemudian masukkan 1/2 susu. kacau lagi.
    8. Ulang lagi kaedah 6 dan 7 sampai habis.
    9. Masukkan pula krim karamel. Kacau. Tak perlu rata sebab nak biarkan nampak belang2 pada muffin
    10. Masukkan pula mango. Kacau lagi..
    11. Ceduk adunan dengan sudu dan masukkan dalam acuan muffin.
    12. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit

    agar-agar kering

    Bahan-bahan

    • 50gm Agar-agar kering
    • 400gm gula pasir
    • 1 cawan gula batu
    • 8 gelas air
    • Emulco/pewarna mengikut selera masing-masing

    Cara-cara

    1. Rebus agar-agar kering dengan 8 gelas air sehingga mendidih.
    2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih lagi.
    3. P9260175
      Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan emulco/pewarna mengikut selera masing-masing. Kak ogy guna emulco strawberi untuk warna merah, pandan untuk warna hijau, pisang untuk warna kuning dan vanilla untuk warna putih.
    4. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar bersaka dan tidak melekat. K ogy jemur agar-agar ni selama seminggu.

    agar-agar semangka

    Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )

    • 1 bungkus agar² yg panjang
    • 2½ cawan gula pasir (kalo suke manis, leh lebihkan sket)
    • 6 cawan kecil air
    • 4 biji putih telur
    • sedikit pewarna hijau utk kulit
    • sedikit perwarna merah/kuning utk isi
    • sedikit kismis utk biji
    • sedikit essence rose (jika suke)

    Cara-cara

    1. pukul putih telur hingga kembang.
    2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. (leh dimasukkan essence rose jika suke)
    3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga hampir² sejuk.
    4. kemudian tuangkan kedalam bekas bulat besar.
    5. 04022007_001_
      tarukkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay). jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
    6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
    7. bila agar² da sejuk, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbagai kulit.

    puding caramel dan marble

    Bahan-bahan ( Lebih kurang 10 bekas tupperware 3inch )

    • Bahan A:
    • 1 liter air
    • 25g Agar² (satu peket Agar² kering cap burung Layang²)
    • 1 cawan Gula (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)
    • Bahan B:
    • 1 biji telur
    • 1 Tin Susu Ideal
    • 750-850ml air (kalo suka lembut, bole tambahkan air lebih sikit max 1 litre, nanti jadi lembut sangat susah nak kuarkan dari acuan)
    • 2 sudu besar tepung kastad
    • 2-3 titik esen vanila
    • Bahan C:
    • 4 Sudu Besar Serbuk Koko Van Houten

    Cara-cara

    1. Cuci agar² dan masak bersama air. Masak diatas api sederhana. Bila cair agar² masukkan gula. Masak lagi sampai gula cair...
    2. Masukkan bahan² B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
    3. Selepas bahan A tadi dan mendidih, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi. Kacau sampai mendidih. Tapi jangan mendidih terlalu lama.. nanti berketul...
    4. Asingkan sebahagian dan sebahagian lagi ditambah serbuk koko...
    5. Kacau sehingga larut/ sebati
    6. Tuang kedalam acuan (Sila tapis supaya tekstur agar² lebih halus). Untuk mendapatkan marble, tuangkan adunan coklat dan apabila agak membeku, tuangkan adunan kuning tadi untuk mendapatkan corak yang berbeza.
    7. Lepas agar² mengeras, bolehlah masukkan dalam peti sejuk

    puding roti marble

    Bahan-bahan ( satu loyang )

    • 4 keping roti
    • 2 biji telur
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 170ml susu cair
    • 8gram serbuk agar2
    • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
    • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
    • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
    • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

    Cara-cara

    1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
    2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
    3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
    4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
    5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
    6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
    7. Agar2
      Nih gamba serbuk agar2 yg hana gunakan. bg sesiapa yg duk d jepun, bleh dptkan serbuk agar2 nih d mana2 supa. dlm tuh ade 4 peket, dan setiap peket berat 4g. Brand topvalu. 
    8. Puding
      Versi pelangi

    agar -agar barbie doll

    Bahan-bahan ( satu gubahan )

    • bahan A: 2 paket agar2
    • 5 cawan air
    • 1 senduk gula
    • pewarna ikut suka
    • bahan B: 2 pakt agar2
    • 3 cawan air
    • 1 senduk gula
    • 1 kotak santan 200ml

    Cara-cara

    1. masak semua bahan A kecuali pewarna, kacau hingga gula dan agar2 hancur, lepas itu guna terknik douleboiler@ guna api perlahan.
    2. masak bahanB iaitu agar, air dan gula hingga hancur, baru masukkan santan, kacau perlahan dan guna teknik doubleboiler@ api perlahan juga,
    3. utk membentuk lapisan masukkan 2 senduk agar2 A dlm mangkuk dan masukkan pewarna ikut suka nak warna apa, then letak dlm acuan,
    4. bila lapisan agar2 A agak keras, cucukkan dengan lidi dan masukkan agar2 B ikut sukatan yang sama, bila agar2 A sudah keras ulangi langkah no.3 begitulh seterusnya ikut langkah no.4 pula.
    5. ulang sampai agar2 habis. bentuk skirt barbiedoll dan boleh lah diletakkan anak patung diatas,
    6. Img_0437
      ini gmbr acuan yg digunakan
    7. Img_0438ab
      klau nk guna bowl lain pun boleh ikut suka lah. pastu bleh la disusun dari kecil sampai besar kat bawah mcm kain kembang

    kek yogurt

    Bahan-bahan ( 18cm )

    • 500g yogurt( buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g)
    • 50ml susu segar
    • 200ml fresh cream
    • 15g gula aising ( gula yogurt lagi sedap)
    • 5g serbuk gelatin
    • 1/2 sudu besar jus lemon(dr buah lemon)
    • 9 keping biskut oreo (96g)
    • 20g butter

    Cara-cara


    1. Kekyogurt1
      Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.
    2. Kekyogurt2
      Masukkan biskut oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur.

    3. Kekyogurt3
      Masukkan butter yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul.

    4. Kekyogurt4
      Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat.

    5. Kekyogurt5
      Loyang yg diguna mestilah bahagian bwhnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh guna loyang 15cm.

    6. Kekyogurt6
      Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan gelatin dengan 1/2 sb air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul

    7. Kekyogurt7
      Yogurt biarkan pd suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim.

    8. Kekyogurt8
      dlm mangkuk lain pula, pukul fresh cream dengan gula sehingga agak pekat. Jgn terlampau keras.

    9. Kekyogurt10
      Masukkan fresh cream ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati.

    10. Kekyogurt12
      Masukkan ke dalam loyang yg ada cookies tadi. Sejukkan dlm peti sejuk sehingga keras.