Tuesday, August 31, 2010

Cheesecake




 

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan ( 18cm )

  • 250g cream cheese
  • 200g sour cream/plain yogurt
  • 30g butter
  • *40g gula halus
  • *20g susu pekat manis
  • *20g madu
  • 2 biji telur kuning
  • 1 biji telur
  • 100ml fresh cream
  • 50ml fresh milk
  • 25g corn starch
  • 1/2 biji lemon jus
  • 1/2 biji kulit lemon
  • 10 titik vanila oil 

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.


  2. Cocoa-cookie
    Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. Resepi untuk cookies ini boleh rujuk di sini
  3. Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream. Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.


  4. 2
    Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.


  5. 3
    Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.


  6. 4
    Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.


  7. 5
    Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan keras sendiri bila dah sejuk.
  8. Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.

coklat muffin

 I
Bahan-bahan ( 10 biji )

200g coklat masakan
• 70g mentega
• 2 biji telur
• 50g gula halus
• 60g tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Antara bahan-bahan yang diperlukan
2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

puding tart

Bahan-bahan ( bekas muffin kecik dpt dlm 26bj )

  • Kulit tart:
  • 90g butter
  • 50g gula halus
  • 1bj kuning telur
  • 20g serbuk koko
  • 140g tepung gandum (ayak sekali dgn serbuk koko) 
  •  
  • bhn utk puding:
  • 3bj telur (dipukul hancur)
  • 150ml fresh milk
  • 150ml fresh cream@whipping cream
  • 20g gula(kalo gn fresh milk yg manis, krgkn gula)
  • sedikit esen vanilla 
  • NOTA: kalo nk buat kulit tart tanpa serbuk koko, tepung gandum tu jd 150g

Cara-cara

  1. utk kulit tart: pukul butter dgn gula sampai kembang, masukkn telur. Pukul lg. Kemudian masukkn bhn diayak dan gaul sampai rata.
  2. bhn (1) dijdkn doh. Balut dgn plastik dan simpan dlm peti ais selama 15min.
  3. sementara tu, sapukn bekas dgn butter, kemudian taburkn sedikit tepung. Letak dlm peti ais.
  4. keluarkn doh. Cerai2 kn doh. Kemudian uli dgn tgn sampai jd doh balik.
  5. canaikn doh. Tekap dgn cutter ikut saiz bekas muffin. Kalo gn bekas tart, canai ikut saiz bekas dan potong bhgn yg berlebihan.
  6. tekan pd bekas muffin dan buat lubang pd tgh2 bekas(gn garfu). masukkn dlm peti ais selama 1 jam.Slps 1 jam, keluarkn dan bkr pd suhu 200C selama 10 min
  7. buat puding: Panaskn susu dan gula dlm periuk. Jgn sampai mendidih. Masukkn dlm mangkuk.
  8. Masukkn fresh cream, telur yg telah dipukul dan esen. Kacau sampai rata.
  9. Sudukn puding dlm kulit tart yg siap dibakar td. Bakar pd suhu 180C selama 20 min.
  10. Keluarkn dr oven. Taburkn sedikit gula halus atas tat td. Bkr lg selama 10~15 min.
  11. NOTA: gula yg ditabur tu utk bg ade warne kecoklatan kt atas tat.

mixfruit cheese tart

Bahan-bahan ( 16 biji- mini size )

  • Almond crust
  • 1/2 cawan gula
  • 100g mentega(potong kecil-kecil)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan almond powder 
  • Filling
  • 250g philadelphia cream cheese
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • beberapa titik esen vanila
  • 60g mix dry fuit

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke 220 degree
  2. Sapu butter pada seluruh acuan muffin 
  3. Sediakan crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again. Masukkan almond powder mix jadi macam serbuk roti.
  4. Ambik 1/4 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat.
  5. Kemudian tabur crust yg disimpan tadi ke atas tart.
  6. Sediakan filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali dry fruit ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Masukkan dry fruit dan kacau. Ceduk dengan sudu dan letakkan filling ke atas crust tadi.
  7. Kemudian tabur crust yg disimpan tadi ke atas tart.
  8. Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
  9. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.

Mufin Pisang Cip Coklat




Bahan-bahan :
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan yogurt perisa asli
1 cawan pisang, dilecek
3/4 cawan cip coklat
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :
1. Dalam sebuah mangkuk adunan, satukan tepung gandum, gula, serbuk penaik dan soda.
2. Dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak, yogurt dan esen vanila. Gaul rata.
3. Tuangkan adunan cecair (2) ke dalam adunan (1). Gaul dengan senduk hingga rata.Jangan overmix.
4. Masukkan pisang dan cip coklat. Gaul lagi sebentar saja.
5. Sediakan tin muffin.Susun mangkuk kertas dalamnya.
6. Sudukan 2/3 penuh. Bakar 25 minit hingga masak. Uji dengan lidi jika sudah masak.

Kek Cawan Coklat Pekat



Bahan-bahan :
200 gm coklat masakan
340 gm mentega
445 gm gula kastor
8 biji telur
180 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
7 gm serbuk penaik
1/4 sudu teh garam


Cara Membuatnya :
1. Cincang coklat kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama mentega.Panaskan secara double-boiler hingga semuanya cair.
2. Angkat dari api dan masukkan gula. Kacau sebati dan biarkan sejuk selama 15 minit.
3. Putar campuran coklat tadi dengan mixer kelajuan sederhana selama 3 minit.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
5. Ayak tepung, serbuk koko,serbuk penaik dan garam. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.
6. Sudukan ke dalam cawan kertas sehingga 2/3 penuh. Bakar 25 minit hingga masak.

mango cheese tart


Bahan-bahan ( 22 cm )

  • -Walnut crust-
  • 1/2 cawan gula
  • 100g mentega(potong kecil-kecil)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan walnut
  • -Filling-
  • 250g philadelphia cream cheese
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • beberapa titik esen vanila
  • 1 tin mango( boleh ganti dengan peach/apricot)

Cara-cara

  1. Panaskan oven ke 200degree
  2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
  3. Make a crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again. Masukkan wulnut mix jadi macam serbuk roti. Ambik 1/2 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat(tip dr tuan asal resepi)
  4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.
  5. Aturkan mango yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
  6. Kemudian tabur dengan doh yang disimpan tadi.
  7. Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
  8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.

KOKO CHEESE MUFFIN


Bahan-bahan :( 10 biji )

140 gm choco chip
100 gm cream cheese
80 gm butter
2 biji telur size B
60 gm gula
100 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius.
2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. Cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. Bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
3. Tambah gula dan kacau lagi.
4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.

tat telur








Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila 
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

puding caramel

Bahan-bahan :
(A)
230 gm gula pasir
50 ml air

(B)
800 ml susu kotak (segar atau UHT)
150 gm gula
8 biji telur A
2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Masak gula pasir (A) hingga cair dan keperangan dengan api perlahan.Tuangkan air dan kacau hingga semuanya cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang 8 inci. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan B dalam sebuah bekas dan pukul dengan pemukul telur hingga sebati.Boleh juga guna mixer atau pengisar.
3. Tapiskan adunan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
4. Sediakan sebuah loyang 10 inci dan isikan air 1/3 bahagian. Masukkan loyang berisi adunan telur tadi ke dalamnya.
5. Bakar dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.
6. Setelah masak, sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam peti ais beberapa jam.
7. Untuk menghidang, terbalikkan loyang atas pinggan yang sesuai. Karamel hendaklah di bahagian atas. Puding ini enak dimakan sebagai pencuci mulut. 


Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.


RICH CHOCOLATE PUDDING

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)- ( guna 8gm jer yg paket nona plain)

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat. ( rupa adunan agak likat)
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.






Agar-Agar Pelangi

Bahan A:-

30gm agar-agar
4 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 helai daun pandan

Bahan B:-

1/2 cawan susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara membuatnya:-

1. Masukkan bahan A dalam mangkuk kaserol. Masak di dalam microwave selama 15 minit High hingga agar-agar hancur.

2. Pukul bahan B hingga sebati.

3. Bahagikan agar-agar tadi kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna merah, hijau dan kuning.

4. Masukkan agar-agar hijau di dalam acuan, bila keras sedikit masukkan pula agar-agar kuning dan seterusnya merah. Bekukan agar-agar ini di dalam peti sejuk. Sesuai dihidangkan dengan ais krim atau buah-buahan.

Easy Chocolate Cake

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila

chocolate ganache
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. [ Ganache]
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. [ Whipped cream ] pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

Chocolatey Choco Cake


Bahan- bahan:

1 cwn gula pasir
1 cwn minyak mazola
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn air panas
2 cwn tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat


Cara-cara:

1. gula, minyak mazola, telur, dan susu pekat dipukul hingga kembang.
2. koko, tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder diayak sekali.
3. masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang telah dipukul hinga kembang tadi.
4. masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit.
5. kukus selama 1 jam.

Brownie & Cheese Cake

BAHAN-BAHAN

**Bahan Brownie
300gm dark chocolate
2/3 cawan gula
150gn butter
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan whiping cream
1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
2 biji telur

**Bahan Cheese
250gm cream cheese
1/3 cawan gula
1 biji telur

CARA PENYEDIAAN
1. Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.
2. Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.
3. Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.
4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).
6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan.
7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.